GEORGE TOWN, 14 FEB: Lelaki yang ditahan kerana bertindak agresif memukul ibunya dan mengancam mahu meletupkan tong gas petroleum cecair (LPG) di rumahnya di Jalan Gangsa, di sini semalam didapati bertindak sedemikian berikutan gagal mendapatkan wang daripada warga emas itu.